MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PEMBELIAN
Anda dinasihatkan menggunakan capaian internet berkelajuan tinggi supaya tidak membantutkan proses pembelian dan tempahan yang sedang berjalan.
E-mel yang diberikan mestilah berkemampuan menampung pemindahan fail dan akaun e-mel yang di berikan mestilah akaun yang aktif.
Kami akan menghantar invois pembelian produk anda melalui alamat e-mel yang diberikan.
Kami akan menghantar kepada anda e-mel atau iklan terbaru produk kami kepada anda dari masa ke semasa.
PEMBELIAN ONLINE
Semua harga yang dipaparkan adalah harga ahli Nona Roguy (NR).
Pembelian secara on-line terbuka kepada semua orang dan anda bolehlah rujuk promosi terkini yang kami tawarkan dari masa ke semasa.
Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan perlu ada penerima yang akan menandatangani pengesahan pesanan anda diterima. Ini adalah bagi memastikan pesanan anda diterima pada masanya. Kelewatan disebabkan masalah ini adalah tanggungjawab anda.
Sebarang perubahan perlu diberitahu dengan menghubungi kami melalui telefon sebelum 1 petang, penghantaran akan dibuat selepas 2 petang. Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami hanya dapat memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status.
Proses penghantaran biasanya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 3-5 hari bekerja bagi Malaysia Timur setelah tempahan yang dibuat disahkan pembayarannya. Kami akan memaklumkannya melalui e-mel/sms apabila produk telah dihantar kepada anda.
Pesanan yang dihantar telah dipastikan dalam keadaan elok dan baik. Sila pastikan pesanan anda diterima dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan pesanan perlu diberitahu dengan segera selepas penerimaan. Sekiranya pesanan telah rosak disebabkan kecuaian kami, kami akan menggantikannya dengan segera. Jika selepas 2 hari, kami mengganggap kerosakan itu bukan kesilapan kami.
PEMBAYARAN BELIAN
Kami mengalu-alukan tempahan dan pembelian secara online melalui proses selamat dan terjamin melalui VISA, MasterCard, DebitCard, FPX, DuitNow, E-Wallet dan Ansuran. Kami juga menjalankan pembelian secara offline melalui pembayaran tunai, cek, kiriman wang, atau wang pos (produk hanya dihantar setelah bayaran disahkan). Sila baca dan fahami setiap arahan yang tertera ketika membuat pembelian dan tempahan secara online. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda menggunakan produk kami dan membeli secara online.
POLISI BAYARAN BALIK & PEMULANGAN
Semua pesanan tidak boleh dibatalkan setelah dibeli. Sila pastikan anda telah menyemak dan mengesahkan semua butiran dan maklumat sebelum anda meneruskan pembayaran. Sekiranya, jika produk yang dihantar didapati rosak, sila jangan keluarkan produk daripada pembungkusan asalnya dan teruskan menghubungi NR2U.COM di 012-322 0566 dalam hari yang sama.
Anda akan dikehendaki memberikan bukti visual (cth. foto, video) untuk memudahkan proses pertukaran. Kami akan menggantikan barang yang rosak 7 hari dari tarikh pemulangan. Barang yang rosak hendaklah dipulangkan apabila barang yang diganti telah dihantar. Kami tidak menawarkan sebarang bayaran balik sekiranya berlaku perubahan fikiran atau pembelian yang salah.
POLISI PERTUKARAN & BAYARAN BALIK
Sila baca dan fahami polisi pemulangan, pertukaran dan bayaran balik kedai kami sebelum sebarang pembelian. Kami sama sekali tidak menerima pemulangan atau akibat dari pertukaran perubahan fikiran – tidak ada pengecualian untuk sebab ini.
POLISI PEMULANGAN
Polisi pemulangan kami meliputi semua item harga biasa dan sah selama 7 hari dari tarikh pembelian. Pemulangan hanya diterima untuk item yang rosak atau item yang salah nyata dalam penyenaraian produk. Untuk layak mendapat pulangan:· Bukti pembelian (Invois jualan atau resit) Produk mestilah dalam keadaan lengkap (hadiah percuma, aksesori, pembungkusan asal).
POLISI BAYARAN BALIK
Bayaran balik (pada jumlah asal yang dibayar untuk item yang dipulangkan) hanya akan tersedia jika item yang anda kembalikan kehabisan stok. Kos penghantaran tidak akan dikembalikan. Jika permintaan bayaran balik anda diluluskan, ia akan diproses dan kredit akan digunakan secara automatik pada kad kredit atau kaedah pembayaran asal anda, dalam masa 21 hari bekerja.
NOTA:
Jika anda tidak menerima bayaran balik anda selepas 21 hari bekerja, mula-mula hubungi syarikat kad kredit/debit anda, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum bayaran balik anda disiarkan secara rasmi. Seterusnya hubungi bank anda. Selalunya terdapat beberapa masa pemprosesan sebelum bayaran balik disiarkan. Jika anda telah melakukan semua ini dan anda masih belum menerima bayaran balik anda, sila hubungi kami kembali.