Rangkaian Pembersih Dalaman Mustajab NR
Rangkaian Pembersih Dalaman
Dari gedung khazanah rempah ratus terpilih, NR mempersembahkan koleksi rangkaian Pembersih Dalaman Mustajab. Campuran herba tradisional ini yang merangkumi rempah ratus terpilih seperti Akar Manis (Glycyrrhiza Glabra), Kunyit (Zingiber Officinale) dan Daun Cina Maki (Cassia Angustiflia), mengandungi pelbagai Vitamin dan Garam Galian. Rangkaian Pembersih Dalaman Mustajab ini terdiri daripada Mustajab Lawas Kencang, Mustajab Lawas Angin dan Mustajab Lawas Segar.
Ia telah terbukti berkesan sebagai pembersih dalaman bagi seluruh badan. Ianya boleh diambil sebagai makanan sampingan harian untuk meningkatkan kesihatan dan sesuai bagi semua golongan usia lelaki dan wanita.
Pilihlah pembersih dalaman yang sesuai mengikut dosej atau sukatan yang bersesuaian dengan kelawasan pembuagan air besar individu.
Pengambilan herba Pembersih Dalam Nona Roguy (NR) secara campuran adalah digalakkan kerana dapat membantu:
- Mempercepatkan jangka masa pembongkaran
- Mempercepatkan pembersihan
- Mempercepatkan pengeluaran keracunan
- Mempercepatkan proses penyembuhan